Friday, November 30, 2012

baby baruku



akhirnya wawa dan adib dapat adik..........

Raya 2012

lama tak menulis kat blog aku ni.
since pregnant till delivered mood menulis sgt merudum. konon2 nak update la selalu monthly checkup la, brg2 baby la sampai kat hospital bila nak beranak, tapi semua tu tak menjadi, tengok komputer pon malas. buka FB pon jarang2.   Apa yg dok fikir masa pregnant tu nak makan jer.... sampai badan ku membesar giler giler. 55kg sampai 9 bulan 75 kg. tapi baby kuar 2.5kg jer. Alhamdulillah baby sihat, dan aku pon takder komplikasi lain.... cuma yg berat nak hadapnyer bila aku dicadangkan oleh doktor untuk ikat....takder chance dah nak ada anak lg....huhuhu
masa 6 bulan, sempat pergi majlis khawin anak buah kat meru
yang ni pulak majlis khawin kawan hubby kat kelab golf mana apa nama ntah, lupa da.......

yang ni majlis khwin rakan seniaga kat tapak uptown.....majlis di jenderam bangi

serba sedikit preparation utk minum selepas czer nanti....sudah nya sampai sekarang ada lagi 4 botol tak abis....seksa nak telan beb...........

tungku bayi RM10 beli kat mumdreams bangi

tungku herba RM40 beli kat ctu gak

barut moden RM7/helai

barut tali RM6/helai

bedung moden RM22 sehelai

rompers beli kat GM Klang 3 helai RM15

masa ni ada majlis sambut besday bulan 4,5,6 dan sambut posa.

masa bulan posa, aku asyik nak makan roti bom jer, tempat beli mesti di bazar ramadhan bangi, taknak tempat lain dah. Pastu nak makan lemang....akibatnya selalu la buka posa kat taman2 mana 2 yg jumpa untuk singgah buka posa, tak sempat balik umah

ofis hubby buat buka posa kat hotel berjaya times square...kuatnya aku melantak

ready to eat


dah sarat cukup 8 bulan dah. sambut raya kat kg ku di kedah

we are a happy family

Wednesday, July 25, 2012

bekam di sungai petani

 pengalaman pertama kali hubbyku berbekam di kampung.... lepas bekam darah tu rasa selesa sgt badan, buktinya esok sepanjang perjalanan balik ke Putrajaya dia tak rasa mengantuk...
 boleh buat lagi nie.....tapi sampai sekarang tak berkesempatan nak buat setiap kali balik kg....asyik sibuk jer....

Nusari Bayu Bandar Seri Sendayan

 Lawatan ke rumah baru kami di Nusari Bayu 2, bandar sri sendayan, Seremban....pandangan dari depan rumah ada surau dah siap dan dah digunakan pon.....
ini lah suraunya....cantik kan

ada gelanggang futsal kat tepi surau

kat seberang jalan pulak ada pembinaan sek menengah. Nanti anak aku dah masuk sek menengah boleh pindah sini....

suka suki kat ofis


 gotong royong 5S. Pic ni dah lama tapi saja baru nak upload  sebab dah lama tak update blog.
 meeting unit dgn bos baru kami, Puan Syuhaiza dan sebelah tu puan zila....


 aikk...terlebih sengih pulak puan Fezah nie....meeting ker borak borak kosong....

Thursday, July 12, 2012

jalan ke kuantan

wawa bersama sepupunya....mandi manda di sungai lembing

adib nak masuk khemah ker?

si Iman .....

sempat lagi aku berposing depan muzium tu, muka letih sgt tapi tetap nak berjalan

husband aku memang suka sgt tempat tempat bersejarah macam nie


Saturday, March 10, 2012

cerita wawa & adib

beza betul pregnant kali nie,
baru 11 minggu tapi perut dah besar.....
dah mcm 4-5 bulan
kain baju kurung dah tak boleh bercangkuk
nampak gayanya kena start pakai baju maternity dah la...

planning.....,
esok nak pi nilai cari baju untuk aku.

pengalaman pertama pregnat, tak teruk diawal  awal,
muntah muntah satu hari jer,
dari pagi sampai malam lembik,
masuk minggu ke 31 dah ada darah tinggi
kencing kotor pon skali,
berat badan setiap kali check up naik 5-6 kg,
nurse pon pelik coz banyak sgt naik,
aku kena pedih ulu hati teruk sangat,

duduk sandar, baring semua sakit....,
tidor tak cukup sampai aku stress,
dekat seminggu aku tak cukup tidor,
darah tinggi makin tinggi la,
kena refer pi hospital selayang,

minggu ke 36 pergi hospital selayang untuk check up,
tapi terus kena admit.....semua package dah complete,
darah tinggi, kencing manis, kencing kotor, berat obesiti, kaki bengkak teruk....
nurse suruh aku relax, takut darah tinggi naik lagi,

malam pertama kat wad aku dapat panggilan dari arwah adik,
dia cakap ayah masuk wad,
aku makin risau malam tu,
doktor dah plan esok pagi pagi jam tujuh nak induce bagi bersalin,
aku dan suami setuju jer,

tapi bila dapat berita pasal ayah, tekanan darah aku jadi sgt tinggi malam tu,
pukul 1 pagi, husband kena panggil ke hospital,
nurse ckp tak boleh tunggu induce pagi esok dah cos baby dah lemah,
kena bedah malam nie jugak....
aku and husband iikut jer cakap doktor,

yang best nye bius separuh sedar,
sambil perut aku di robek robek,
sambil aku bersembang dengan doktor,
masa baby di tarik keluar dari perut
aku sempat tanya doktor laki ker pompuan,

doktor cakap nanti jap, sabar yer mak.....
oppsss pompuan ...Alhamdulillah
tapi baby ku kecil jer 1.94 kg,
doktor kata walau perut aku besar,
tapi baby kecil sebab penyakit darah tinggi,
1 hari kemudian, baby kena masuk NICU,

sebabkena hypoglucamie (kurang gula dalam darah)
seminggu aku jaga dia dlam NICU,
rasa macam nak meroyan,
nak jaga diri sendiri lagi yg kena operate,

nak jaga baby lagi,
aduh ....sabar betul aku.....
lepas discaj balik rumah 2-3 hari jer.... datang balik hospital,
kuning pulak baby aku,

lepas di cek cek, bukan kuning biasa mcm baby baby lain,
baby aku ada masalah hati kerana najis nye jugak pucat,
disuspect biliary artesia pulak dah,
kena tukar hospital HKL pulak,

Sebulan aku jaga dia kat sana,
aku habis pantang pon kat hospital lah,
aku pon dah tak amalkan pantang sangat
sebab masa banyak habis kat hospital jer,

apa makanan hospital bagi, aku bedal....
kat sana, sampel hati babyku diambil,
kesian dia, kecil kecil ayik kena cucuk jer,

sebagai ibu aku hanya mampu melihat dan berserah,
sebak dihati hanya tuhan yang tahu,
sebelum discaj doktor ada bagitau dia bukan biliary artesia tetapi
allagile syndrom.....apa tu?
search la sendiri kat google.....

sampai umur anak aku 5 tahun aku dan suami berulang alik ke HKL untuk follow up,
Alhamdulillah, sekarang doktor kata tak perlu follow up dah....
baby dah sihat dan aktif.....

Muhammad Adib Al-Muqri

Selang 2 tahun pregnant lagi....,
sama jer alahan mcm first pregnant,
muntah muntah satu hari jer teruk,
lepas tu takder dah,

yang nie berat badan pon naik mendadak jugak setiap bulan check up,
aku dah rasa macam nak jadi kes yg sama jer mcm first,
minggu ke 27 aku sakit kepala sangat,
husband bawa ku pergi klinik swasta,

doktor tu suruh aku terus pergi hospital,
jangan singgah mana mana,
bunyi macam penting sgt,
aku cakap kena pi ambik buku pink dulu tertinggal kat ofis,

jangan, pergi hospital dulu, cepat....buku pink nanti suruh husband/ atau kawan hantarkan kat hospital....
kami pon ikut la ckp doktor swasta tu,
sampai hospital terus kena admit,
fuh....sama kes lagi macam fisrt,

tapi kali nie awal sangat dah kena admit,
kat wad kena pasang pam tekanan darah 24 jam kat lengan sampai lebam tangan aku,
malam pertama kat wad aku ber sms dengan arwah adik aku,
aku mintak tolong dia datang rumah untuk jaga anak fisrt aku,
memandangkan aku dah kena tahan,

Arwah cakap tak boleh, dia kerja....
aku terus sedih sgt dan terfikir mcm mcm la....
masa darah tinggi aku tinggi sangat,
kebetulan ada nurse datang kat aku masa tu aku terus kena sawan sampai jatuh katil
aku tak sedar diri beberapa jam,

bila aku sedar dah dekat dalam dewan bedah,
nurse soal nama, no ic, nama suami kat aku,
nasib baik aku jawab dengan betul,
diorang takut hasilsawan tu aku hilang ingatan,
tapi, Alhamdulillah otak aku masih waras....

aku sedih sangat bila doktor ckp kena operate malam nie jugak,
baby dah lemah sgt,
aku menangis sebab takut baby tak dapt hidup sebab kandungan masih awal.....
doktor yakin kan aku, dia kata ada kes baby lahir 22 minggu pon boleh panjang umur....,

bila aku dan suami dengar mcm tu , kami setuju jer,
tapi kali ni aku dibius penuh,
akhirnya pada jam 8:46 pagi 15/6/2007 baby ke-2 aku dilahirkan,
berat hanyalah 750 gm....panjang 30 cm.,

mengalir airmata suamiku melihat kekuasaan Allah masa tu,
cepat cepat baby ku dimasukkan kedalam inkubator,
aku sedar dari bius pada malam tu,
tapi tak dapat nak bangun pergi tengok baby lagi,

hari ke-3 baru aku dpt tengok baby aku.....
Ya Allah kecil nya....tapi panjang
Seminggu aku dah boleh discaj,
tapi baby kena tahan di NICU sampai berat dia cecah 1.8kg,

Setiap hari aku datang ke hospital hantar susu pada baby aku
Anakku dapat discaj pada hujung bulan 8 /2007.
Alhamdulillah, kini kedua dua ankku sihat walafiat....
cuma adib perlu kan lebih perhatian cos dia kini
di bawah ketegori GDD (global development delay)....,

dia kini perlu jalani speech theray,
occupational therapy, ujian audiology, ENT, dan 12/3/2012 nie ada appointment di
HUKM dengan pakar psikiatrik padeatrik.
aku bawa jer apa yang terbaik....,
nasib baik dah kerja gomen, senang dapat time slip.....

Thursday, February 23, 2012

Check up O&G

21/2/2012

check up untuk aku di klinik Rheomatology dan Adib di klinik ENT. Coinsidence same day .....Ya Allah susah nya nak check mata Adib...namun hasilnyer doktor kata mata dia normal dan tak perlu ada check up dah. Alhamdulillah...

Time aku pula masa jumpa Doktor dan cakap aku pregnant, doktor terus take serius, betul ker you pregnant ? are you sure? Betul la dr, takkan nak main2. Ok kalau macam tu awak kena lebih kerap jumpar pakarRheomatology dan O&G. Once every 3 weeks....boleh jer....terusla selang sehari, on 23/2 bemulalah routine ku sebagai pembawa perut yg akan kerap ke hospital... Utk kes aku nie takyah pergi normal klinik kesihatan... Sebagai pesakit SLE yang mengandung , perlu dikontrol lebih oleh doktor. Hari pertama check up dgn O&G dah dapat pic scan baby..... comelnyer ( walau masih belum jelas) Risiko hamil bagi pesakit SLe : apa yang doktor cakap ialah, kematian baby, kematian ibu, kelahiran pramatang. Ini di sebabkan semasa mengandung hormon wanita yg dihasilkan menjadi banyak dan menyebabkan SLE akan aktif.....takut pulak aku dengar....so, aku perlu teruskan mengambil sejenis ubat yg dah 3 tahun aku ambil tu, continue jer walau pregnant..... ubat anti radang namanya hydrocloronuquine. Sejak ambil ubat tu dari 2008 dulu, SLE aku jadi remission dan stabil, sebab tu doktor benarkan aku pregnant. , tapi tetap kena monitor, takut aktif balik....
Langkah langkah lain, , aku perlu elakkan pancaran matahari terik, dan guna pelindung kulit SPF 45. aku dah servey, Simply siti jer yang ada....mahal beb....nanti la aku beli....belum gaji..... 

hajat tertangguh

impian nak sambung study nampak gayanya terbantut jua. Offer letter dah dapat, PTPTN dah lulus tinggal nak buat medical check up dan pergi register on 25/2/2012 tu jer.....huhuhu....tapi takpa (mood pujuk hati sendiri), semuanya ada hikmah di sebaliknya. Mungkin rezeki utk ambik master secara sepenuh masa one day, who knows....sebab...reason, because ada rezeki lain yang Allah bagi kat aku yang perlu diberi more priority, that is i'm pregnant now. Going to have 3 kids soon. Alhamdulillah.....Takut aku tak termampu menanggung beban belajar dapat memberi kesan pada baby yg bakal lahir nanti....Ku tangguh jua hajat itu...

Wednesday, February 8, 2012

setahun berlalu.....

 
kenangan terindah jalan jalan ke sabah bersama arwah adik


Muzium Lembah Bujang

 yang ni lawatan baru baru nie balik kedah, ala...masa chinese new year baru nie....hubby aku memang interested sgt bab bab historical nie....

 aku yang muka terpaksa senyum....
 menahan terik matahari, masa nak mendaki pergi tengok candi candi nya....aduyai....tingginya, dah la pakai highill....
 best tak terkata, kata hubby, semua benda nak dibacanya....wawa pon dah minat history.
terpaksa lagi......

Sunday, January 29, 2012

JUMLAH BIL MASTER

 
NO. DOKUMEN:    2011142799501
BIL PELAJAR Tarikh :   29/1/2012  

Nama Penerima:BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Nama Pelajar:NORAZEAN BINTI MD SALLEH
Amaun Perlu Dibayar: RM   1,688.00  
TABUNG KECEMASAN 5.00
YURAN PERKHIDMATAN SARJANA 110.00
BAYARAN ALUMNI 10.00
YURAN KAD PELAJAR 33.00
YURAN PEPERIKSAAN PASCA SISWAZ 50.00
YURAN PENGAJIAN 1,200.00
PENDAFTARAN (MA/PHD) 30.00
YURAN AKTIVITI (MA/PHD) 150.00
PERPUSTAKAAN 50.00
KOMPUTER 50.00


Alhamdulillah....bajet aku dalam RM4K tapi sekali dapat bill tak sampai RM2K....kucuba sedaya upaya untuk mencari sumbangan dari serata pelusuk....Registration Day pada 25/2/2012 nie.....

Friday, January 13, 2012

Interview di UiTM

 Memang rezeki aku bila aku dapat tahu panggilan interview aku dah terlepas sehari tetapi atas belas kasihan Dr. Zaini, beliau dapar terima kedatangan aku pada pagi rabu lalu.

aku pon tak jangka yg akan ada sesi interview, nak sambung belajar pon kena interview....


 anyway, semua berjalan lancar.....Alhamdulillah.....harap aku dapat offer letter within 2 weeks...
Pastu boleh la start cari sponsor.....

Beliau pon nasihat aku suh start baca articles, journal abaout accounting....for early preparation untuk buat dissertation nanti.....almaklumlah dia kata student part time majority memang tak dpt habiskan kerta kerja tu....macam down la cikit aku masa tue....tapi itu semua atas diri masing masing la kan.....
 sempat lagi aku masuk gallery UiTM tu posing posing dulu.....lama dah tak datang.....dulu aku degree pon kat shah alam, tapi seksyen 17....kat induk datang ambik exam dan konvo jer.....
terasa macam muda 10 tahun balik....dan semangat nak belajar dah berkobar kobar nie.....tak sabar tunggu bulan march nie..........

Ketika mereka kecil