Tuesday, December 13, 2011

Hospital lagi....

semalam aku ada appointment dengan doktor pakar lagi....punya la lama nak mendaftar jer dekat 2 jam...belum jumpa doktor lagi. Nama jer appointment pukul 10 pg, tapi dpt jumpa doktor pukul 1 tghari....apalagi dapat la MC. Yang sedih nyer, result kencing aku ada protein dan kotor. Memang tahun nie dah lebih 3 kali aku kena kencing kotor. Ultrasound dah buat dan result ok, no problem. kali nie doktor suruh aku buat UROLOGY procedure di hospital Serdang. Apa tu procedure dia yer...bikin takut la...anyway appointment pada 16/3/2012 jam 10 pagi.....
And satu lagi result darah aku pon tak normal untuk bacaan hati....sebelum nie pon bacaan hati aku dah tinggi....doktor nasihat kan aku supaya stop immediately daripada ambik apa apa minuman kesihatan seperti cocoa colagen, pearl kacip fatimah, acai berry atau apa 2 minuman yg dari derect selling....memang aku ada ambik cocoa colagen sebelum nie, tapi dah berenti sekejap, bila dah bacaan hati aku elok aku sambung minum balik. Bukan apa stok cocoa colagen tu masih ada kat rumah, tu yg sayang kalau tak perabih tu....tak sangka pula jadi balik.  Oklah lepas ni berenti terus, taknak minum dah la....minum air kosong dan buat jus buah buahan sendiri la, lagi sihat dan berkhasiat.....

Enam Petua Mudah

Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simple seperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.
Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:
01.Demam
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
02.Selsema
  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)
03.Sakit Kepala dan Migrain
  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
06.Sembelit
  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
Jadi, kenapa kita harus bergantung kepada ubat-ubatan lagi sedangkan cara yang senang dan menjimatkan sudah ada?
Selamat Mencuba !
- Artikel iluvislam.com

Monday, December 12, 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, December 6, 2011

ber dikir barat di seksyen akaun

geng dikir barat seksyen akaun, peringkat Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian kewangan....wah bunyi jer besar, tapi baru jer bertanding peringkat seksyen.

Tapi kami dapat tempat kedua jer, kandas dengan seksyem Khidmat Pengurusan......

Tetapi, di sebalik kekandasan itu, satu KEZUTAN telah berlaku....Keputusan yang diumumkan adalah tidak tepat.....Beberapa hari kemudian...jeng jeng jeng......keputusan dirombak, KAMILAH JUARA!!!!

pemain gendang yang kelenguhan.....
pemukul gong pon sengal sengal jugak ker....?
nasib baik kareigrapher kami pandai mengurut
amboi lembutnya picit....demo nie picit tangan ker main enjit enjit semut...?

Persediaan sebelum bertanding....masing masing muka poyo....kami lah first group nak present....
itula kami nye ketua.....



selamat tinggal sahabat

 gatal pulak jari jemari nak menaip nie...topik hari ini ialah selamat tinggal sahabat....yg tengah tu nin suhaila kawan seofis aku.dia dah tamat kontrak kerja kat ofis aku ni dan datang untuk amik barang saja...

selamat jalan nin, semoga berbahagia bersama suami tercinta forever n ever.....muahhh.....

 makan makan di KFC Alamanda.....bila la lagi nak makan bersam kan nin....???
 aikkk...ada jugak si fezah nie....
nin bersama anak anak buah nyer yg tersayang....kena belanja dgn anak buah ler tue....

Sunday, December 4, 2011

konvo adik

wah...wah...wah  teringat pulak masa aku konvo dulu 9 tahun yang lepas....adik aku maisarah yg no.5 nie pelajar UNITAR alor setar, buat konvo di PICC putrajaya bulan 10 haritu.....tahniah yer dik....aku rasa aku ni  adalah contoh terbaek untuk semua adik adik aku...lepas aku SPM aku terus sambung belajar di itm jengka pahang course pre account jer....6 bulan lepas lulus pre terus sambung diploma account di UITM arau perlis sampai year 2000. lepas tu direct lagi sambung degree account di UITM machang kelantan 1 year then tukar ke Shah Alam lagi 1 year. Graduate tahun 2003....Then kerja sana sini.....Masa aku belajar dulu tu, adik aku yg no 3 (arwah aziah) betul2 belajar sebab nak ikut macam aku masuk U. Dia pon ambik bidang yg sama dgn aku iaitu degree account kat UITM dungun, cuma yg bezanya dia masuk Matrik dulu. Then adik aku yg no 4 ni, takyah citer la.....yg ni OKU. ini la orangnya....umur 25 tahun dah....



    
tahunnn ni pulak, lepas maisarah konvo berganti pulak dgn adik ku yg bongsu, syamimi dapat sambung belajar kat UITM merbok.... Alhamdulillah semua adik adik aku berjaya ikut jejak aku ke menara gading.....

Thursday, December 1, 2011

beraya di putrajaya

 tahun 2011 merupakan tahun ke dua aku beraya di tempat selain kg. 1st time dulu 2006 beraya aidilfitri di KL sebab tiket flight ke sabah jatuh pada petang hari raya pertama tu.....
tahun nie pulak, raya haji aku sambut kat putrajaya....tapi mak ayah adik-adik aku semua ada disini....kebetulan sebab ayah sakit, tak dapat balik kedah, tu yg terpaksa sambut kat sini jer....

lagi pun tahun 2011 tak berapa meriah coz aku baru kehilangan sorang adik pada 1.7.2011. Arwah adik aku tu  diserang penyakit 'Lupus' (SLE) yang terlalu aktif hingga merosakkan buah pinggang sampai melarat ke paru2 dan otak. terlalu cepat dia pergi meninggalkan kami.....macam aku juga pengidap penyakit yg sama....tetapi aku telah di kesan pd tahun 2008 yg hanya menyerang sistem kulit dan sendi pada mulanya.....patutlah 2 sejarah kehamilan aku bermasalah....kedua-duanya pre matured dan aku diserang darah tinggi yg serius semasa awal kandungan. Rupa rupanya baru aku tahu bahawa pesakit SLE sgt berisiko jika mengandung......Tapi Alhamdulillah aku selamat bersama anak-anakku sampai sekarang....

Wednesday, November 30, 2011

ziarah sahabat





suatu petang jumaat yg bosan
ter plan satu rancangan utk berjalan
tibanya sabtu yang dinantikan
ke langat kami sampai melawat kawan


ter pantun pulak jari jemari nie....planning yg on the spot la nie....gara- gara rindu sgt ngan kawan yg cuti bersalin kat hulu langat, kami pon meredah ke sana nak melawat babynyer....ala tomie tomei tomei.....

Monday, November 14, 2011

dosa yang lebih besar dari zina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,

"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Ustaz Azhar Idrus ( Original )

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

sumber : Azmi Khan

gaut menyerang ayah.........

keadaan kedua dua belah kaki yang tidak sama saiz, membengkak dan rasa sakit


benjolan yang di panggil tophi (asid urik yang mengeras) terkumpul di buku lali


jari jemari pon berubah bentuk


ayah yang diserang gaut hanya mampu mengeluh sakit, membuatkan aku berusaha men 'search' google mencari ubat yg sesuai.....

aku terjumpa air mineral cas yang perlu aku cuba kepada ayah aku....

sekarang setelah hampir sebulan ayah mengambil air itu, telah nampak perubahan ketara pada beliau....Alhamdulillah, teruskan ayahh, kita hanya berusaha....semoga ayah cepat sembuh

Wednesday, November 9, 2011

Nak sambung master

umur aku  baru 32 tahun....muda lagi
hasil perbincangan dgn hubby, dia izinkan aku untuk sambung master.....demi masa depan kami sekeluarga
ok la tu...dah dapat restu .....
parents pon izinkan....apa lagi register la cepat2....

search punya search kat website uitm, ada 2 pilihan pulak yang sesuai, tapi tak tau yg mana the best dgn citarasa aku .ie
1) ACC770 - Master of accountancy - more focus on managerial level....aku dah la malas bab bab management nie..huhuhu

2) ACC773 - Master in Forensic Accounting & Financial Criminology - exposed to a 'legal' focus, study skills in investigate techniques and collection of data, and yg paling scary is study skills in preparation for court appearance and cross examinations. lebih kurang macam kena buat kertas siasatan kalau ada kes kes penipuan or penyelewangan....memang tough subject tue....and memang sesuai dgn jiwa aku yg suka mencungkil asal usul sesuatu kesalahan....

but.....before aku wat decision, nak call my ex lecturer dulu utk minta advise.....kring...kring....hello puan....
anakku wawa pon nak jadi macam mama juga suatu hari nanti
 

Wednesday, October 12, 2011

JANGAN ENGKAU KHAWINI WANITA YANG ENAM

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

Wednesday, October 5, 2011

jamuan raya ke-3 2011

Ini ina....dgan anak sulong dia tue...ina dah 2 kali datang umah aku...First dulu tahun 2009. Ina ni la satu satunya kawan aku masa blaja kat Uitm Arau dulu yang masih tak lost contact. masih calling calling dan bertanya khabar...Ina...hope our friendship will be forever n ever

jamuan raya 2011

This year merupakan tahun ke-3 aku buat open house kat my kuarters di putrajaya nie. The special thing is this time, my parent ada datang membantu aku...wah best nyer...takla penat badan sgt....sempat la melayan kawan2 yang datang bertandang.

ini adalah antara BFF aku yang datang....walaupun dah dekat 8 years tak jumpa, tapi masih maintan....I feel very appreciated bila kawan2 sudi datang coz my main purpose is to meet them. Sebak juga bila dapat bersalam dan berpelukan dengan my BFF nie....ok ena, free free call me, kita jalan2 mcm dulu2, but this time must bring our child.....

ini pula adik adik junior masa study at UiTM Arau dulu. Tak sangka depa nie bersatu juga akhirnya....dapat anak2 pon sehat sehat macam diorang gak.... memang happy family aku tengok. Teringat dulu masa belajar, Wan (my junior BACC) asked me to send his regard to a girl ( Ainul yg kebetulan stayed at same hostel with me). Malu malu la, segan la, taknak la semua jawapan ada kat budak girl tu....sesi introduction la katakan....bila aku dah tamat belajar, tak sangka both of them dah couple. aku pon dah tak tau apa cite couple tu....tapi one day terjumpa diorang kat Tesco Damansara if i'm not mistaken somewhere in year 2007, wah dah kawin juga couple nie....Alhamdullillah, panjang jodoh you all.....Thank coz sudi gak you all datang kat open house kakyan....

Sunday, August 14, 2011

aktiviti hujung minggu

sepanjang bulan posa nie hubby aku selalu nak beli karipap....
sehari 3 hinggit dia beli, kalau dah 5 hari 15 hinggit....akhirnya...aku dengan bantuan buku2 resipi telah berjaya menghasilkan karipap buatan sendiri untuk suamiku.... kalau macam nie aku rajin dari dulu, dah banyak berjimat kan kan kan kan....

bukan saja karipap yang aku dah pandai buat, bahkan nasi tomato, nasi hujan panas pon aku dah terrer....lepas ni boleh buat open house takyah nak tempah tempah. semua aku boleh wat sendiri....tapi, kena rajin amalkan, nanti terlupa lak.

aku nak blogkan resipi2 nie la dlm blog aku:....

Nasi tomato Norra

600 gram beras (lebih kurang 3 pot)
4 sudu makan minyak sapi
bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis
2 helai daun pandan
3 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-tumbuk
2 biji buah tomato
3 sudu makan tomato puri
3 sudu makan sos tomato
1/2 tin susu cair
air, agak agak ler....

mula- mula panas kan minyak sapi dalam periuk nasi, tumiskan bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis, daun pandan dan semua bahan tumbuk sampai wangi.

masukkan buah tomato, tomato puri dan sos. kacau sekejap....pastu masukkan pula susu cair, larutkan dan last sekali beras dan air....masak la....air jgn banyak macam masak nasi putih ....

Tuesday, August 2, 2011

Litar sepang

 malam minggu lepas pi nengok super compact championship kat litar sepang.


1st time masuk tempat macam tu....terasa muda 10 tahun lak....



 bergambar jap kat keta salah sorang pelumba tu ....
 ini lah razee, pelumba kete yang ditaja oleh bluesky, dia yang sponsor tiket kat kitaorang...
 ini lak afiq, se geng dengan razee.....muda muda pelumba nya....
 hubby aku pon tak lepas peluang. Patut la keta kancil hubby aku pon makin lama makin jadi macam keta lumba....rupanya dah berkawan dengan pelumba tu yang terpengaruh kot....
 aikkk....ada lagi. banyak amik gambar dengan razee...dia ni budak sabahan
 dari pandangan atas...baru line clear....adib memang terpegun tengok perlumbaan tu....duk diam jer dari awai sampai. tapi sekejap jer, lepas tu mula terlari ke sana sini
ni time keta 1000 cc baru keluar dari pit, untuk pi ke litar....

Sunday, July 31, 2011

sambut besday kat opis

 ni la cik ema....majlis ni dibuat serentak dgn majlis perpisahan untuk cik ema ....
 majlis bacaan yasin .....
sempat lagi berposing puan fezah nie..
 ni semua pegawai pegawai kat unit SP. sebelum potong kek bergambo dulu
 semua nyer happy....almaklumlah lepas nie nak puasa , pastu sambut rayer....
hepy besday to me....

memborong dan menjual jeans LEVI'S



Ketika mereka kecil