Tuesday, December 13, 2011

Hospital lagi....

semalam aku ada appointment dengan doktor pakar lagi....punya la lama nak mendaftar jer dekat 2 jam...belum jumpa doktor lagi. Nama jer appointment pukul 10 pg, tapi dpt jumpa doktor pukul 1 tghari....apalagi dapat la MC. Yang sedih nyer, result kencing aku ada protein dan kotor. Memang tahun nie dah lebih 3 kali aku kena kencing kotor. Ultrasound dah buat dan result ok, no problem. kali nie doktor suruh aku buat UROLOGY procedure di hospital Serdang. Apa tu procedure dia yer...bikin takut la...anyway appointment pada 16/3/2012 jam 10 pagi.....
And satu lagi result darah aku pon tak normal untuk bacaan hati....sebelum nie pon bacaan hati aku dah tinggi....doktor nasihat kan aku supaya stop immediately daripada ambik apa apa minuman kesihatan seperti cocoa colagen, pearl kacip fatimah, acai berry atau apa 2 minuman yg dari derect selling....memang aku ada ambik cocoa colagen sebelum nie, tapi dah berenti sekejap, bila dah bacaan hati aku elok aku sambung minum balik. Bukan apa stok cocoa colagen tu masih ada kat rumah, tu yg sayang kalau tak perabih tu....tak sangka pula jadi balik.  Oklah lepas ni berenti terus, taknak minum dah la....minum air kosong dan buat jus buah buahan sendiri la, lagi sihat dan berkhasiat.....

Enam Petua Mudah

Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simple seperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.
Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:
01.Demam
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
02.Selsema
  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)
03.Sakit Kepala dan Migrain
  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
06.Sembelit
  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
Jadi, kenapa kita harus bergantung kepada ubat-ubatan lagi sedangkan cara yang senang dan menjimatkan sudah ada?
Selamat Mencuba !
- Artikel iluvislam.com

Monday, December 12, 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, December 6, 2011

ber dikir barat di seksyen akaun

geng dikir barat seksyen akaun, peringkat Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian kewangan....wah bunyi jer besar, tapi baru jer bertanding peringkat seksyen.

Tapi kami dapat tempat kedua jer, kandas dengan seksyem Khidmat Pengurusan......

Tetapi, di sebalik kekandasan itu, satu KEZUTAN telah berlaku....Keputusan yang diumumkan adalah tidak tepat.....Beberapa hari kemudian...jeng jeng jeng......keputusan dirombak, KAMILAH JUARA!!!!

pemain gendang yang kelenguhan.....
pemukul gong pon sengal sengal jugak ker....?
nasib baik kareigrapher kami pandai mengurut
amboi lembutnya picit....demo nie picit tangan ker main enjit enjit semut...?

Persediaan sebelum bertanding....masing masing muka poyo....kami lah first group nak present....
itula kami nye ketua.....



selamat tinggal sahabat

 gatal pulak jari jemari nak menaip nie...topik hari ini ialah selamat tinggal sahabat....yg tengah tu nin suhaila kawan seofis aku.dia dah tamat kontrak kerja kat ofis aku ni dan datang untuk amik barang saja...

selamat jalan nin, semoga berbahagia bersama suami tercinta forever n ever.....muahhh.....

 makan makan di KFC Alamanda.....bila la lagi nak makan bersam kan nin....???
 aikkk...ada jugak si fezah nie....
nin bersama anak anak buah nyer yg tersayang....kena belanja dgn anak buah ler tue....

Sunday, December 4, 2011

konvo adik

wah...wah...wah  teringat pulak masa aku konvo dulu 9 tahun yang lepas....adik aku maisarah yg no.5 nie pelajar UNITAR alor setar, buat konvo di PICC putrajaya bulan 10 haritu.....tahniah yer dik....aku rasa aku ni  adalah contoh terbaek untuk semua adik adik aku...lepas aku SPM aku terus sambung belajar di itm jengka pahang course pre account jer....6 bulan lepas lulus pre terus sambung diploma account di UITM arau perlis sampai year 2000. lepas tu direct lagi sambung degree account di UITM machang kelantan 1 year then tukar ke Shah Alam lagi 1 year. Graduate tahun 2003....Then kerja sana sini.....Masa aku belajar dulu tu, adik aku yg no 3 (arwah aziah) betul2 belajar sebab nak ikut macam aku masuk U. Dia pon ambik bidang yg sama dgn aku iaitu degree account kat UITM dungun, cuma yg bezanya dia masuk Matrik dulu. Then adik aku yg no 4 ni, takyah citer la.....yg ni OKU. ini la orangnya....umur 25 tahun dah....



    
tahunnn ni pulak, lepas maisarah konvo berganti pulak dgn adik ku yg bongsu, syamimi dapat sambung belajar kat UITM merbok.... Alhamdulillah semua adik adik aku berjaya ikut jejak aku ke menara gading.....

Thursday, December 1, 2011

beraya di putrajaya

 tahun 2011 merupakan tahun ke dua aku beraya di tempat selain kg. 1st time dulu 2006 beraya aidilfitri di KL sebab tiket flight ke sabah jatuh pada petang hari raya pertama tu.....
tahun nie pulak, raya haji aku sambut kat putrajaya....tapi mak ayah adik-adik aku semua ada disini....kebetulan sebab ayah sakit, tak dapat balik kedah, tu yg terpaksa sambut kat sini jer....

lagi pun tahun 2011 tak berapa meriah coz aku baru kehilangan sorang adik pada 1.7.2011. Arwah adik aku tu  diserang penyakit 'Lupus' (SLE) yang terlalu aktif hingga merosakkan buah pinggang sampai melarat ke paru2 dan otak. terlalu cepat dia pergi meninggalkan kami.....macam aku juga pengidap penyakit yg sama....tetapi aku telah di kesan pd tahun 2008 yg hanya menyerang sistem kulit dan sendi pada mulanya.....patutlah 2 sejarah kehamilan aku bermasalah....kedua-duanya pre matured dan aku diserang darah tinggi yg serius semasa awal kandungan. Rupa rupanya baru aku tahu bahawa pesakit SLE sgt berisiko jika mengandung......Tapi Alhamdulillah aku selamat bersama anak-anakku sampai sekarang....

Ketika mereka kecil