Thursday, December 1, 2011

beraya di putrajaya

 tahun 2011 merupakan tahun ke dua aku beraya di tempat selain kg. 1st time dulu 2006 beraya aidilfitri di KL sebab tiket flight ke sabah jatuh pada petang hari raya pertama tu.....
tahun nie pulak, raya haji aku sambut kat putrajaya....tapi mak ayah adik-adik aku semua ada disini....kebetulan sebab ayah sakit, tak dapat balik kedah, tu yg terpaksa sambut kat sini jer....

lagi pun tahun 2011 tak berapa meriah coz aku baru kehilangan sorang adik pada 1.7.2011. Arwah adik aku tu  diserang penyakit 'Lupus' (SLE) yang terlalu aktif hingga merosakkan buah pinggang sampai melarat ke paru2 dan otak. terlalu cepat dia pergi meninggalkan kami.....macam aku juga pengidap penyakit yg sama....tetapi aku telah di kesan pd tahun 2008 yg hanya menyerang sistem kulit dan sendi pada mulanya.....patutlah 2 sejarah kehamilan aku bermasalah....kedua-duanya pre matured dan aku diserang darah tinggi yg serius semasa awal kandungan. Rupa rupanya baru aku tahu bahawa pesakit SLE sgt berisiko jika mengandung......Tapi Alhamdulillah aku selamat bersama anak-anakku sampai sekarang....

No comments:

Post a Comment

Ketika mereka kecil