Tuesday, July 5, 2011

Innalillah

Moga dicucuri rahmat dari Yang Esa

pada 26/6/2011, aku dapat panggilan dari kampung, adikku mimie bagitau yg adik ku aziah telah diserang sawan sampai pengsan....ambulans telah datang dan membawa nyer ke hospital sultan abdul halim. Aziah yg memang kebetulan ambik cuti selama sebulan untuk pulang ke kampung di Sg Petani sebab dah penyakit SLE nye yg semakin aktiff....Selepas pulang dari bercuti di Sabah bulan Januari hari tu, aziah kerap keluar masuk hospital dari Hospital Sentosa, Hosp Ampuan Rahimah dan KPJ Shah Alam. Doktor dah sahkan dia mengidap SLE stage 4 dan sistem buah pinggang nya sudah terjejas.....doktor dari Hosp Ampuan Rahimah sarankan kaedah Kimoterapi sebanyak 6 kali. Aziah setuju dan dia mulakan First Kimo di KPJ shah Alam bulan Mei ari tu......aku masih ingat masa tengah buat tu aku pergi melawat dengan kawan ofis, Salina. Sedih aku tengok dia sorang -sorang takder org teman....nasib baik ayah dan adikku Mimie dah on the way datang dari Kedah untuk jaga dia kat sini.

Kimo kedua pulak di tempat yg sama, tapi kali nie adikku Maisarah pulak yg ambik giliran jaga dia kat spital. Aku bersyukur sangat ada adik adik yg sanggup berkorban masa dan tenaga menjaga arwah aziah. Kalau nak harapkan aku ni memang tak boleh la, kerjaya dan anak -anak menyebabkan aku tak dapat buat semua tu.....setakat pi melawat jerla yang mampu....

Untuk kali ke-3 punya kimo telah dijadualkan pada 21.6.2011 aritu....tapi disebabkan dia sedang bercuti di kedah, arwah telah tidak pergi unutk Kimo yg ke-3 tersebut. Pada malam 20hb 6 tu aku sempat bertanya kenapa arwah taknak buat kimo ke-3 tu, menurut kata mak, arwah sendiri yg taknak pergi, dia nak pergi berubat cara kampung....aku yang mendengar alasan tu macam mengiyakan saja apa keputusan arwah tu...aku hairan dgn diri aku kenapa aku tak nasihat arwah untuk teruskan juga buat kimo....sedangkan aku tahu kimo tu perlu diteruskan....ntah lah...mungkin arwah lebih tahu sebab nyer kenapa....yg aku dapat tahu dari ayah, arwah tak sanggup buat kimo sebab tak tahan sakit masa buat tu.

Lepas seminggu arwah jadi semakin teruk, sampaila dia tiba-tiba pengsan pada ari ahad 26.6.2011. Arwah diserang strok dan tidak sedarkan diri, mata terbuka dan asyik memandang ke atas. masuk hari ke-2 di hospital dia mula meracau-racau dan bercakap yang bukan2 dan boleh menangis tiba-tiba.....aku sempat ber 3G beberapa kali dengan arwah dan aku lihat keadaannya memang dah kritikal. Aku pulang keKampung pada pagi selasa 28.6.2011.... aku sampai di hosp pada pukul 1.45 tgh. masa tu dia memang dah nazak, tapi alhamdulillah dia masih kenal aku dan anak-anak aku. Setengah jam saja aku sempat jumpa dia yang masa tu dah lemah sangat. Ramai doktor2 datang dan kami semua disuruh keluar, sampaila pukul 6 petang barulah arwah ditolak keluar ke High Dependency Ward (lebih kurang ICU). Sepanjang 3 ari di situ arwah memang dah tak sedarkan diri langsung sampaila arwah menghembus kan nafas terakhir pada pukul 8.00 malam 1 julai 2011 (Jumaat 29 Rejab 1432).

Doktor mengesahkan yg arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman didalam paru paru. Menurut kata doktor, disebakan arwah telah meninggalkan kimo yg ke-3, badannya menjadi lemah dan banyak kuman telah masuk kebadan. Aku betul2 menyesal kerana tidak menasihati arwah pada malam sebelum tarikh kimo aritu....tapi nak buat macam mana, aku rasa arwah macam dah tahu yg dia akan meninggalkan kami semua. Arwah dah macam tak kisah semua benda, semua no. pin dia bagitau pada Mimie, dan paling aku tak boleh lupa, masa ari selasa tu, aku ber3G dgn dia, dia cakap dia naktambah cuti lagi sebulan dan nak suruh aku bawa pi berubat dgn asyraf muslim....dia juga suruh aku masak special untuk dia.

Aku sentiasa berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Al-fatihah

No comments:

Post a Comment

Ketika mereka kecil