Friday, January 13, 2012

MY FAMILY IN LAW GATHERING DAY



 semua adik beradik hubby aku berbaris terima souvenier....yg tak ader kakak sulung tengah berucap.


 first time pakai selendang, rasa nak tanggal jer coz rimas terbelit....nasib beb iman kuat....
 wawa dan adib ........pandai bawa diri masing masing....


 ipar dan biras no.3. Tinggal di Kajang.
 ini biras no. 6.  Muallaf dia nie...asal orang kadazan dusun.....
 ini lak ipar dan biras no.5. Tinggal kat Kuantan.
 ini aku....tinggal kat putrajaya....seorang bakal akauntan...sekarang penolong jer...hihihi
 ber biras bergambor
 berbiras lagi.......
 ramai betul cousin cousin anakanak aku...diorang memang suka sgt kalau dpt balik sabah....ramai kawan. Lebih 10 orang la....

 ini biras no.4. namanya Inang.....
 sefamili lagi......

Dikir barat lagi........

 disebabkan team kami menang haritu bertanding peringkat seksyen, kami telah diberi peluang untuk present skali lagi pada hari terakhir Datuk SBR berkhidmat. Meaning Datuk dah pencen la....
 sebelum present petang jumaat 9/12/2011 tue, gambo gambo dulu sebab piala pon baru dpt. apalagi mcm mcm reaksi la masing masing nak bergambo....

ala...tercandid plak.......masing masing terlopong, terpejam, terangkat, tercekak, terjerit dan tergedik pon ada....
 inilah ratu cantik BPP, kategori bigsize and the gediks.....
 cewwah....belajar main ketuk ketuk jer....eksyen jer lebih....
 samala yg sorang nie....nak main ker cntrol ayu....

ha...ini la dressing kami sblum present tu...simple ajer....main ikat sana, ikat sini, selempang batik...itu jer. cun gak aku...

Monday, January 9, 2012

Indoor Games Seksyen Akaun BPP

 pertandingan batu seremban sedang di jalankan

kami tempat ke-2....kalau aku yang masuk konfirm juara.....hehehe
 hehehe jangan perasan yer....kamu semua bukan peserta nyer....yg main dam aji sorang dua ajer kat ctu....yang posing mcm peserta pulak yg ramai.....
 aik....aku pon join sekali ker...sajer suka suka, sementara permainan belum dimulakan....testing testing...cari mood
jeng...jeng...jeng...sebenarnya aku masuk bertanding main congkak...tapi saingan aku bukan yg depan tue, ini poto selepas bertanding....kami naib juara sekali lagi untuk congkak.....


Tapi keseluruhan indoor games 'KAMILAH JUARA' dari unit SP (selesai Pinjaman)....

Tuesday, December 13, 2011

Hospital lagi....

semalam aku ada appointment dengan doktor pakar lagi....punya la lama nak mendaftar jer dekat 2 jam...belum jumpa doktor lagi. Nama jer appointment pukul 10 pg, tapi dpt jumpa doktor pukul 1 tghari....apalagi dapat la MC. Yang sedih nyer, result kencing aku ada protein dan kotor. Memang tahun nie dah lebih 3 kali aku kena kencing kotor. Ultrasound dah buat dan result ok, no problem. kali nie doktor suruh aku buat UROLOGY procedure di hospital Serdang. Apa tu procedure dia yer...bikin takut la...anyway appointment pada 16/3/2012 jam 10 pagi.....
And satu lagi result darah aku pon tak normal untuk bacaan hati....sebelum nie pon bacaan hati aku dah tinggi....doktor nasihat kan aku supaya stop immediately daripada ambik apa apa minuman kesihatan seperti cocoa colagen, pearl kacip fatimah, acai berry atau apa 2 minuman yg dari derect selling....memang aku ada ambik cocoa colagen sebelum nie, tapi dah berenti sekejap, bila dah bacaan hati aku elok aku sambung minum balik. Bukan apa stok cocoa colagen tu masih ada kat rumah, tu yg sayang kalau tak perabih tu....tak sangka pula jadi balik.  Oklah lepas ni berenti terus, taknak minum dah la....minum air kosong dan buat jus buah buahan sendiri la, lagi sihat dan berkhasiat.....

Enam Petua Mudah

Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simple seperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.
Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:
01.Demam
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
02.Selsema
  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)
03.Sakit Kepala dan Migrain
  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
06.Sembelit
  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
Jadi, kenapa kita harus bergantung kepada ubat-ubatan lagi sedangkan cara yang senang dan menjimatkan sudah ada?
Selamat Mencuba !
- Artikel iluvislam.com

Monday, December 12, 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, December 6, 2011

ber dikir barat di seksyen akaun

geng dikir barat seksyen akaun, peringkat Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian kewangan....wah bunyi jer besar, tapi baru jer bertanding peringkat seksyen.

Tapi kami dapat tempat kedua jer, kandas dengan seksyem Khidmat Pengurusan......

Tetapi, di sebalik kekandasan itu, satu KEZUTAN telah berlaku....Keputusan yang diumumkan adalah tidak tepat.....Beberapa hari kemudian...jeng jeng jeng......keputusan dirombak, KAMILAH JUARA!!!!

pemain gendang yang kelenguhan.....
pemukul gong pon sengal sengal jugak ker....?
nasib baik kareigrapher kami pandai mengurut
amboi lembutnya picit....demo nie picit tangan ker main enjit enjit semut...?

Persediaan sebelum bertanding....masing masing muka poyo....kami lah first group nak present....
itula kami nye ketua.....



Ketika mereka kecil